Berdua Lebih Baik.



Ramai orang sering mengeluh mengapa mereka masih tidak mempunyai jodoh. Gembiranya dan bahagianya bila melihat rakan-rakan seusia lain yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dalam hati berkata, aku mungkin tidak ada jodoh lagi. Sebenaranya jodoh setiap orang pasti ada, cuma samada cepat atau lambat ia hadir dan yang penting sudah tentunya ia tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha mencarinya. Bagi yang sudah bekerjaya, mereka tidak menganggap pasangan itu suatu keperluan kerana bagi mereka, mereka sudah ada segalanya. Wanita zaman kini khususnya, trend hidup moden danworkaholic menjadi alasan mengapa mereka tidak perlu mempunyai pasangan. Ada yang berpendapat pasangan mereka nanti bakal menggugat kerjaya dan status wanita moden mereka. Jadi adalah lebih baik bersendiri daripada mendapat teman sebegitu. Betulkah pandangan ini?

Setiap yang tercipta pasti ada pasangannya. Tidak kira hidupan bernyawa atau tidak, pasangan itu ada sebabnya. Malam dan siang, sejuk dan panas, motor ada tayar depan dan tayar belakang, tangan dan kaki ada kiri dan kanannya begitu jugalah manusia yang diciptakan lelaki dan perempuan. Semua itu untuk apa?, untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Secara lumrahnya sememangnya pasangan itu perlu kerana ia sebagai pelengkap dalam kehidupan harian. Jika kaki kanan tiada, maka kita akan tidak seimbang dan jatuh. Jika tangan kanan tiada, mana mungkin tangan kiri mengangkat beban yang berat?. Jika malam tiada, maka dunia akan menghadapi siang sepanjang hari, jika sejuk tiada makan manusia akan kepanasan sentiasa. Inilah lumrah, kerana pasangan itu dicipta untuk saling bergantung antara satu sama lain.

Bukan salah kita jika mendapat pasangan yang salah, kerana itu semua sudah ditakdirkan. Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah pasti ada sebabnya, kerana sifat Allah itu Maha mengetahui. Jika kita meraung menjerit menyalahkan apa yang terjadi pada diri samalah kita menyalahkan Allah. Jika kita sudah pun berjumpa dengan pasangan yang baik, dan sesuai dengan diri kita, itu juga takdir Allah, Ingatlah, tiada istilah “kebetulan” didunia ini sebenarnya, semuanya adalah takdir. Anda berjumpa dengan pasangan anda di kenduri kahwin itu juga takdir, bukan kebetulan.

Wanita yang mengatakan boleh hidup tanpa lelaki seolah-olah mereka boleh membawa motor dengan satu roda sahaja . Bagitu juga dengan lelaki yang mengatakan mereka mampu menjalani kehidupan normal tanpa wanita. Jika diteliti kejadian tubuh manusia, hampir setiap inci tubuh manusia diciptakanNya berbeza antara lelaki dan perempuan. Daripada mulanya rambut, bentuk badan, anggota dalaman, suara, gaya percakapan berbeza antara lelaki dan perempuan. Mengapa?, kerana hakikatnya ia dicipta untuk saling menarik antara satu sama lain. Malah elemen paling penting ialah hati dan perasaan. Sebab itulah adanya cinta pandang pertama jika ternampak seseorang yang cantik atau kacak, kerana sememangnya naluri hati manusia dicipta untuk tertarik kepada kaum yang berlainan jantina. Allah tidak menciptakan lelaki untuk tertarik kepada lelaki, begitu juga halnya dengan wanita takkan sekali-kali menyukai wanita.

Setiap dari kita ada ibu bapa. Perlunya ibu untuk menyusukan kita dan perlunya bapa untuk mencari nafkah bagi menampung keperlauan kita. Bila mereka digabungkan maka wujudlah satu keluarga yang sempurna. Setiap hari si isteri akan mendoakan si suami dan begitu juga halnya si suami akan mendokan si isteri. Jika anda berseorangan siapakah yang akan mendokan anda?. Si isteri akan menyiapkan makanan suami, membelai suami, bergurau senda, bergelak tawa dan saling kasih mengasihi. Si isteri yang taat setia menemani suami yang sedang dalam keadaan tidak sihat, berjaga siang dan malam menjaga suami. Si isteri tidak akan sekali-kali merungut atau mengungkit-ungkit apatah lagi meminta balasan kerana dia tau ganjaran lebih besar menantinya di “sana”. Si suami pula akan sedia memenuhi apa jua permintaan isteri tersayang kerana hanya isterinyalah pendampingnya hingga akhir hayat.

Alangkah indahnya hidup berdua tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jalinan yang terbina begitu erat menjadikan mereka yang berdua menjadi satu. Dua jiwa menjadi satu. Jika kaki kanan luka, kaki kiri merasa sakitnya, jika kaki kiri berdarah, kaki kanan yang merasa pedihnya. Sememangnya setiap kejadian Allah ada hikmahnya, begitu juga halnya dengan penciptaan lelaki dan perempuan yang sudah pastinya sebagai satu pasangan. Janganlah cuba kita menafikannya kerana memang jelas sudah bahawa bedua itu lebih baik.

Created By,

No comments: