Kebaikan Hair Series ( Hair Treatment & Hair Revitalizer )



Catalyst Hair Treatment Series merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan berkilau. Amalan menyapukan minyak kelapa dara di kulit kepala akan dapat memastikan kulit kepala bebas dari kelemumur, kutu dan telur kutu, malah ia membantu merawat masalah kulit kepala kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan di asia sebagai rawatan rambut.

Kandungan Catalyst Hair Treatment dan Hair Revitalizer merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ia juga menyediakan protein dan khasiat penting yang diperlukan untuk masalah rambut rosak. Oleh kerana itu ia digunakan sebagai minyak untuk rawatan rambut dan digunakan dalam pembuatan pelbagai penyejuk dan krim untuk mencegah kelemumur.



Catalyst Hair Treatment Series bertindak menguatkan akar rambut serta menyihatkannya. Minyak kelapa dara dan herba yang terkenal digunakan untuk melebat dan menghitamkan rambut secara tradisional diaplikasikan melalui kaedah saintifik moden sehingga terhasilnya siri perawatan rambut ini. Perawatan rambut tradisional ini telah diamalkan secara turun temurun dan terbukti berkesan serta dipercayai ramai. Dengan kaedah dan teknologi saintifik terkini, proses penyediaan produk ini adalah menggunakan herba-herba tempatan yang berkualiti dan terpilih.
















HAIR TREATMENT



  •        Produk ini mencuci dan merawat masalah-masalah rambut dan kulit kepala secara intensif.


HAIR REVITALIZER



  • Penyegar rambut adalah untuk kegunaan harian. Penggunaan yang kerap akan membantu dan mempercepatkan proses perawatan dan penyegaran kulit kepala dan rambut.

Kebaikan Hair Treatment Series dari CATALYST:
  • Merawat kebotakan dan keguguran rambut
  • Menghitamkan dan melebatkan rambut
  • Mengatasi masalah penyakit kulit kepala
  • Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala
  • Menghapuskan kelemumur pada kulit, mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan menghalang kulat kelemumur dari membiak
  • Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya
  • Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari
  • Menyuburkan kulit kepala

Kegunaan:

Semburkan Hair Treatment di atas tapak tangan dan sapukan di seluruh rambut sehingga kulit kepala. Lebihlan di kawasan bermasalah. Biarkan selama 30-45 minit sebelum anda mencucinya dengan syampu (sebarang jenama syampu yang anda suka). Setelah dilap kering, pakaikan Hair Revitalizer seperti memakai minyak/perapi rambut. Hair Revitalizer ini tidak perlu dibilas. Ianya membantu melindungi rambut anda dari kerosakan terutamanya sewaktu dalam proses rawatan. Hair Revitalizer boleh digunakan secara harian bagi memulihara dan memelihara kesihatan rambut serta kulit kepala anda.




No comments: